ISTIMEWA FEBRUARY

DAPATKAN PRODUK-PRODUK DARI TAPA SEQUEL PADA BULAN FEBRUARI 2009 INI DAN NIKMATI KADAR DISKAUN PADA 20% BAGI PESANAN 10 UNIT DAN KEATAS. PESANAN SAH MELALUI MODERATOR SAHAJA. TERIMA KASIH

Thursday, September 25, 2008

INFO SYARIKAT

Art Soulist Sdn Bhd telah ditubuhkan lebih sepuluh tahun lalu dengan cita-cita dan kesungguhan untuk menerajui pembangunan dan perniagaan. Kumpulan Syarikat mempelopori projek-projek berkaitan dengan industri kosmeseutikal, pharmaceutical dan herba di seluruh Malaysia. Art Soulist Sdn Bhd telah dinaik taraf menjadi Syarikat Holdings pada tahun 2007, sejajar dengan perkembangan syarikat Art Soulist Sdn Bhd. Selepas ini syarikat ini akan dikenali sebagai Art Soulist Holdings Sdn Bhd. (ASH)

Kumpulan Art Soulist Holdings juga menjalin hubungan dagangan antara Malaysia Timur dan luar negara, dimana kumpulan syarikat mempunyai hubungan dua hala di dalam industri berkaitan seperti pembekalan, pembelian, penyelidikan, pembangunan dan juga pemasaran bahan mentah, produk semi finish industri, kosmeseutikal pharmaceutical dan barangan kesihatan.

Peranan utama dalam pemasaran adalah untuk memasarkan produk-produk yang bermutu dan berkualiti melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Kumpulan Art Soulist Holdings merupakan sebuah syarikat yang mempunyai teknologi tinggi menawarkan kontrak pembuatan sebagai aktiviti utama. Fokus pembuatan produk adalah kepada produk penjagaan kesihatan dan seksual seperti produk penjagaan kulit, minuman kesihatan dan beberapa yang lain.

Kilang pembuatan bertaraf Good Manufacturing Practices (GMP) Art Soulist Holdings Sdn Bhd terletak di Ajil, Hulu Terengganu adalah bebas pencemaran iaitu persekitaran yang jauh dari bandar. Premis kilang ini juga dilengkapi dengan kemudahan fasiliti terbaru untuk penghasilan produk mengikut standard piawaian GMP.

Kumpulan Art Soulist Holdings mengambil pelbagai inisiatif dan usaha untuk melaksanakan penyelidikan dan pembangunan tentang herbaseutikal. Konsep yang diketengahkan menjalankan asas penyelidikan dan pembangunan produk, aplikasi penyelidikan untuk produk-produk baru dan pembangunan ujikaji ke atas produk untuk melihat keberkesanan dan implikasi produk. Pembangunan ujikaji adalah merupakan ujikaji analisis di dalam makmal yang dijalankan agar keberkesanan bahan dan produk baru dapat dinilai dan dipertingkatkan dari segi kualiti dan mutu, sistem dan juga proses.


No comments: